ARTIKEL

Pelajar universiti rugi RM5,000 terpedaya tawaran kerja dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang pelajar universiti swasta di sini kerugian kira-kira RM5,000 setelah menjadi mangsa penipuan tawaran kerja dalam talian yang menawarkan komisen yang lumayan.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang merupakan seorang wanita tempatan berumur 20-an itu telah terpedaya selepas melihat iklan kerja sambilan di media sosial Facebook.

“Mangsa berminat dengan pekerjaan yang ditawarkan selepas melihat iklan tersebut, serta terus berhubung dengan suspek melalui Whatsapp, mengenai tugasan yang diberikan.

“Tugasan yang diberikan kepada mangsa adalah dengan membuat pembayaran dan menaikkan ‘rating’ sesuatu produk yang diberikan oleh suspek dengan dijanjikan bayaran komisen.

“Mangsa telah membuat transaksi pembayaran sehingga lima kali ke tiga akaun bank yang berbeza sehingga berjumlah RM5,000,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Alexson berkata, mangsa menyedari dirinya telah ditipu selepas melakukan tugasan beberapa kali dan apabila cuba untuk mengeluarkan wang komisen, suspek memberikan pelbagai alasan serta terus meminta mangsa untuk membuat pembayaran lagi.

Katanya, setelah menyedari dirinya ditipu, mangsa tampil membuat laporan polis pada 29 Januari lalu, dan kes telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri 

Ekoran itu katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan jika disabitkan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari setahun, dan tidak lebih dari 10 tahun, dengan sebat dan juga denda.

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan