ARTIKEL

Pelakon Veteran Jalil Hamid Meninggal Dunia Dalam Tidur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon veteran terkenal, Jalil Hamid, yang disahkan meninggal dunia pada usia 68 tahun, hari ini.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 12.30 tengah hari di kediamannya pada Isnin.

Menerusi perkongsian anaknya, Afiqah Jalil di Facebook Story, jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya selepas solat asar.

Sepanjang kariernya, Allahyarham dikenali sebagai seorang pelakon, pelawak dan pengarah yang sangat disegani, dengan sumbangan besar dalam memartabatkan industri seni tanah air.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada dunia hiburan Malaysia.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU