ARTIKEL

Akbar Syukrian bersama-sama dengan isteri, Nurussa'adah Yusfar dan anaknya, Fatiha Nura Adila.

Pelancong dan penduduk tempatan raikan detik 2026 bersama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kurang lima hari sahaja lagi sebelum 2025 melabuhkan tirainya, keterujaan masyarakat untuk menyambut kedatangan Tahun Baharu 2026 semakin terasa.

Suasana itu semakin terserlah apabila ramai yang tidak sabar menghadiri acara kira detik tahun baharu 2026 yang akan berlangsung di Tebingan Sungai Kuching pada 31 Disember ini.

Bukan sahaja penduduk tempatan, malah pelancong dari luar Sarawak termasuk dari negara jiran, Indonesia, turut memilih Kuching sebagai destinasi bagi menyambut detik bersejarah itu bersama orang ramai.

Pelancong dari Pontianak, Indonesia, Akbar Syukrian, berkata dia teruja untuk merasai sendiri kemeriahan acara kira detik di Tebingan Sungai Kuching dan merancang untuk kembali ke bandar ini pada 31 Disember nanti.

Katanya, minggu ini dia bersama keluarga berada di Kuching untuk membawa bapa mentuanya menjalani terapi kesihatan.

“Kemudian pada 31 Disember kelak, saya bersama isteri, Nurussa’adah Yusfar, dan anak kami, Fatiha Nura Adila, akan kembali lagi ke sini sekali gus ke Tebingan Sungai Kuching untuk menyertai acara kira detik tahun baharu.

“Minggu ini kami belum puas berjalan-jalan kerana ada urusan. Sebab itu kami memilih untuk kembali minggu hadapan dan terus bercuti di sini,” katanya kepada Suara Sarawak.

Tambahnya, dia dan isteri juga teruja untuk menyaksikan persembahan artis terkenal Indonesia, Judika, yang dijangka tampil pada malam kira detik itu.

Sementara itu, Nurafiffy Aneesha Murshidi turut berkongsi keterujaannya untuk bersama masyarakat lain menyaksikan detik pertukaran tahun.

Nurafiffy Aneesha Murshidi

“Sudah tentu saya tidak akan melepaskan peluang hadir ke Tebingan Sungai Kuching. Saya juga merancang perjalanan bersama rakan-rakan lebih awal kerana menjangkakan laluan akan sesak.

“Apa yang paling dinanti-nantikan ialah pertunjukan bunga api pada malam itu,” katanya.

Hadifa Zahira Hasburllah pula berkata dia dan keluarga tidak membuat persiapan di rumah, sebaliknya dia dan kakaknya, Harithsa Adilla, merancang untuk hadir ke Tebingan Sungai Kuching bagi merasai sendiri kemeriahan sambutan serta menyaksikan persembahan artis jemputan.

Hadifa Zahira Hasburllah

“Memang kami akan hadir pada malam tersebut kerana di sana kita dapat berkongsi kemeriahan bersama walaupun tidak saling mengenali.

“Apa yang paling bermakna bagi saya ialah saat kira detik itu sendiri, apabila semua yang hadir bersama-sama menyebut nombor dan berkongsi detik yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Suara Sarawak di AEON Mall Kuching Central mendapati bahang sambutan Krismas masih terasa apabila dekorasi perayaan itu masih menghiasi ruang pusat beli-belah berkenaan.

Setakat tinjauan dibuat, dekorasi khusus tahun baharu 2026 masih belum kelihatan, namun kehadiran pengunjung tetap menggalakkan susulan tawaran harga istimewa dan jualan promosi yang sedang berlangsung.

Sekitar rakaman dekorasi Hari Krismas 2025 yang masih tersergam indah di pusat beli-belah Aeon Mall Kuching Central, hari ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU