ARTIKEL

Pelancong Malaysia dijangka tinggalkan Kashmir dalam masa terdekat, Suruhanjaya Tinggi pantau situasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Lebih 100 pelancong Malaysia dijangka meninggalkan Wilayah Jammu dan Kashmir dalam beberapa hari susulan insiden serangan bersenjata di kawasan pelancongan Pahalgam pada Selasa.

Kesemua rakyat Malaysia yang berada di Kashmir dilaporkan selamat, menurut Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.

“Kami telah membuka bilik operasi di Suruhanjaya Tinggi untuk memantau situasi serta membantu 118 rakyat Malaysia yang berada di Kashmir ketika ini,” kata Pesuruhjaya Tinggi Datuk Muzafar Shah Mustafa kepada Bernama.

Sekumpulan 14 rakyat Malaysia telah meninggalkan Kashmir pada Rabu.

Pelancong Malaysia turut memaklumkan kepada misi diplomatik negara bahawa mereka berada dalam keadaan selamat.

“Kami telah menasihati mereka agar meninggalkan Jammu dan Kashmir secepat mungkin. Mereka dijangka keluar selewat-lewatnya pada 25 April memandangkan penerbangan adalah terhad,” katanya.

Suruhanjaya Tinggi turut menasihati rakyat Malaysia agar menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke wilayah Kashmir berikutan keadaan keselamatan semasa.

Pada Selasa, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah orang awam di Lembah Baisaran, Pahalgam, kira-kira 90 kilometer dari bandar utama Kashmir, Srinagar.

Dilaporkan seramai 26 orang, kebanyakannya rakyat India dari pelbagai negeri, terbunuh dalam serangan itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha