ARTIKEL

Pelawaan sertai sukarelawan SKUAD Antidadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: AADK Sarawak mempelawa warga Sarawak yang berminat untuk menyertai dan menjadi sukarelawan SKUAD Antidadah.

SKUAD Antidadah merupakan satu entiti kesukarelawanan Agensi Antidadah Kebangsaan.

Untuk rekod perkataan SKUAD merupakan akronim atau singkatan kepada SUKARELAWAN ANTIDADAH.

SKUAD Antidadah ini merupakan penjenamaan baru kepada sukarelawan bagi melaksanakan aktiviti berbentuk anti-dadah di dalam kawasan atau komuniti masing-masing.

Syarat keahlian untuk menyertai sukarelawan Ahli SKUAD mestilah warga Malaysia dan berumur 18 tahun hingga 45 tahun.

Pendaftaran untuk menjadi sukarelawan boleh dilakukan di pautan https://skuad.adk.gov.my/s/pendaftaran

BERITA LAIN

BERITA TERBARU