ARTIKEL

Naroden mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, menyempurnakan Seminar 'Cabaran Ekonomi: Peluang Kelangsungan Perniagaan Koperasi' anjuran IKMA Zon Sarawak di Kuching, hari ini. - Foto: Ghazali Bujang

Pelbagai inisiatif dilaksana bangunkan golongan usahawan PMKS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif dan program pembangunan usahawan bagi memastikan ekonomi yang lebih mampan, berdaya saing dan inklusif.

Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata ia juga untuk menyemai semangat keusahawanan dalam kalangan masyarakat setempat, di samping memperkasa dan mengembangkan golongan usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) terus melaksana pelbagai program dan bantuan dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan.

“Ia termasuk Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS), Skim Pinjaman Kecil dan Sederhana (SPIKS), Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK), Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV), Program Keusahawanan Digital seperti Go Digital dan Sarawak Digital Mall dengan kerjasama TikTok Shop, dan latihan keusahawanan serta program promosi produk,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Penasihat MINTRED, Datuk Seri Mohd Naroden Majais, pada Seminar ‘Cabaran Ekonomi: Peluang Kelangsungan Perniagaan Koperasi’ anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMA) Zon Sarawak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, ujarnya, sejak 2021, MINTRED telah meluluskan sebanyak RM193 juta kepada 8,900 usahawan melalui program bantuan kewangan, manakala lebih 30,000 usahawan dibantu dalam program pembangunan kapasiti dan promosi produk.

“Selain itu, agensi-agensi seperti SME Bank, Amanah Ikhtiar Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) serta banyak lagi telah melaksanakan program keusahawanan dan membantu lebih 177,000 usahawan di negeri ini dengan nilai berjumlah RM2.6 billion.

“Melalui pelbagai bantuan ini, kita yakin koperasi di Sarawak akan dapat meningkatkan kapasiti dari segi pengurusan, yang seterusnya meningkatkan mutu dan aksesibiliti produk dan perkhidmatan ke pasaran global,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berharap gerakan koperasi di negeri ini berubah menjadi sebuah institusi yang berdaya saing serta berdaya maju supaya dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Kerajaan Sarawak juga perlu mempertingkatkan penganjuran program seperti seminar koperasi agar ia akan terus berkembang dan memberi impak yang besar dalam pembangunan sosioekonomi tempatan,” ujarnya.

Sementara itu, ujarnya, setakat Disember 2023, terdapat sebanyak 1,190 koperasi pelbagai kategori dan fungsi di Sarawak, melibatkan keanggotaan melebihi 313,917 orang dengan jumlah perolehan RM368.97 juta.

“Di seluruh negara pula, jumlah koperasi didaftarkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia adalah sebanyak 15,809 koperasi, melibatkan keanggotaan sebanyak 7.2 juta orang dan perolehan RM64.6 bilion.

“Ini menunjukkan satu pencapaian yang amat menggalakkan, membuktikan koperasi juga mampu menyumbang dalam meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat dengan PMKS merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi global,” tegasnya.

Ujarnya lagi, PMKS telah merekodkan sumbangan sebanyak RM29.7 bilion atau 17.9 peratus kepada ekonomi Sarawak pada 2022, manakala seluruh Malaysia mencatatkan sumbangan sebanyak 39.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

BEFR terima Anugerah Platinum MyTQA

BORNEO Empurau Farm & Resort (BEFR), destinasi pertanian dan ekopelancongan bersepadu seluas 69 ekar yang terle-tak di Tarat, Serian, berjaya memperoleh pengiktirafan berprestij pada peringkat