ARTIKEL

Richard Riot Jaem (tengah) bersama Peter Minos (dua kanan) dan Awang Saifeluddin (dua kiri) memegang plak rakan strategik yang memaparkan logo pada Sidang Media Serian Rafting Challenge 2026 di Dewan Masyarakat Serian, hari ini.

Pelbagai kaedah pantau keselamatan peserta Serian Rafting Challenge

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Liputan telefon yang lemah di beberapa kawasan laluan sungai sepanjang 25 kilometer bukan halangan untuk memastikan keselamatan peserta Serian Rafting Challenge 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 25 dan 26 September ini.

Sebaliknya, penganjur menyediakan beberapa kaedah pemantauan alternatif termasuk penempatan anggota SARES di setiap kampung yang dilalui peserta bagi merekod pergerakan pasukan sepanjang perlumbaan.

Pengarah Perlumbaan, Awang Saifeluddin Awangku Karim berkata, kaedah itu membolehkan pihak penganjur mengetahui kedudukan terakhir setiap pasukan sekiranya mereka gagal tiba di kawasan pemeriksaan seterusnya.

“Di setiap kampung yang dilalui pasukan, anggota SARES akan merekod nombor mereka dan maklumat itu akan disampaikan ke garisan penamat.

“Jadi, kita akan mengetahui kawasan terakhir pasukan berkenaan sekiranya mereka tidak sampai ke kawasan pemeriksaan berikutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Serian Rafting Challenge 2026 di Dewan Masyarakat Serian di sini, hari ini.

Katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut menyediakan sebuah bot yang akan bergerak di belakang semua peserta bagi memastikan tiada rakit yang tercicir tanpa bantuan.

Selain itu, beberapa bot keselamatan tempatan akan ditempatkan di sepanjang laluan bagi memberikan bantuan atau menarik rakit peserta sekiranya diperlukan.

“Pengulang radio juga akan dipasang di beberapa lokasi terpilih untuk memastikan komunikasi dapat dilakukan di kawasan yang tidak mempunyai liputan telefon yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Daerah Serian, Datuk Peter Minos berkata, keadaan cuaca dan paras air sungai turut dipantau bagi memastikan pertandingan dapat berlangsung dalam keadaan selamat.

Katanya, Serian Rafting Challenge 2026 mungkin ditangguhkan sekiranya jerebu menjadi terlalu teruk atau keadaan sungai menjadi terlalu cetek untuk dilalui peserta.

“Sekiranya jerebu terlalu teruk, kita mungkin terpaksa menangguhkan pertandingan, namun semua pihak akan dimaklumkan lebih awal.

“Begitu juga sekiranya cuaca panas akibat El Nino berterusan sehingga 25 September dan menyebabkan paras sungai terlalu cetek, kita perlu menangguhkannya,” katanya.

Beliau berkata, keputusan menangguhkan Bung Sadong Climbathon baru-baru ini turut dibuat selepas pihak penganjur menerima nasihat daripada agensi kesihatan dan agensi berkaitan bahawa keadaan ketika itu tidak selamat berikutan jerebu.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU