ARTIKEL

Yakub menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Bunut, hari ini.

Pelbagai pihak hulur bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Bunut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pelbagai pihak tampil menzahirkan keprihatinan dengan turun padang menyalurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Bunut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian berkata, sumbangan yang diberikan melibatkan bantuan kewangan serta keperluan asas bagi meringankan beban mangsa yang terlibat.

“Akibat kebakaran tersebut, mangsa kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Yakub menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Bunut, hari ini.

“Oleh itu, kita tampil bagi memberikan bantuan dan sumbangan bagi membantu meringankan beban mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran, di Kampung Bunut, di sini, hari ini.

Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Mukah turut menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada mangsa.

Mengulas lanjut, katanya, sejumlah RM10,000 telah disampaikan kepada mangsa kebakaran termasuk sumbangan bakul makanan.

Ujarnya, ia merupakan sumbangan daripada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak (PPMS), Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Balingian dan Wanita serta Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Dalam pada itu, Yakub berharap sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa dalam menghadapi situasi sukar selepas kejadian kebakaran tersebut.

“Diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban mereka selepas kebakaran itu,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU