ARTIKEL

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Pelbagai pihak turun padang bantu mangsa banjir di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri Sarawak telah menyentuh keprihatinan pelbagai pihak untuk sama-sama membantu rakyat yang terkesan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata selain badan bukan kerajaan (NGO), beberapa syarikat swasta turut turun padang menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir di negeri itu.

“Terbaru, Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM)jturut sama memberikan sumbangan bagi membantu mangsa banjir di negeri ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata sumbangan RM50,000 diserahkan oleh Presiden PKBM Datuk Dr Azman Yusoff kepada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) di Wisma Bapa, Kuching, Sarawak.

“Terima kasih saya ucapkan kepada PKBM dan semoga bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang terkesan akibat banjir di Sarawak baru-baru ini,” katanya.

Setakat malam ini, jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 604 orang berbanding 735 orang petang Selasa.– BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi