ARTIKEL

Juanda menyaksikan penyerahan projek RTP DUN Jemoreng di sekitar Matu dan Igan, hari ini.

Pelbagai projek RTP DUN Jemoreng untuk kesejahteraan rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MATU: Pelbagai projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam diserahkan kepada masyarakat di kawasan Matu dan Igan bagi meningkatkan keselesaan serta kesejahteraan penduduk setempat.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya berkata, pelaksanaan projek berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan memastikan keperluan asas masyarakat dapat dipenuhi.

Projek tersebut dilaksanakan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng.

Juanda menyaksikan penyerahan projek RTP DUN Jemoreng di sekitar Matu dan Igan, hari ini.
Juanda menyaksikan penyerahan projek RTP DUN Jemoreng di sekitar Matu dan Igan, hari ini.

Antara projek yang diserahkan ialah baik pulih titian belian di Kampung Sah Kebuaw, Igan; naik taraf jeti Fasa 2 di Rumah Entoi Bruan, Matu; serta naik taraf sistem perparitan di Kampung Loba Balu.

Turut diserahkan ialah projek baik pulih Pusat Sumber Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Cina Kuala Matu, naik taraf sistem perparitan di Kampung Kuala Matu Hilir, naik taraf jalan dan kawasan parkir di Pusat Sumber Kampung Bertong serta naik taraf laluan pejalan kaki di Kampung Sekaan Besar.

Selain itu, projek naik taraf parit konkrit di Kampung Masjid Sekaan Besar, naik taraf pekarangan Dataran Astaka Kampung Jemoreng, baik pulih bangunan balai raya Kampung Sekaan Kecil, serta naik taraf titian belian di Kampung Seberang Bawang Hulu dan Kampung Tinak Tian turut diserahkan.

Juanda menyaksikan penyerahan projek RTP DUN Jemoreng di sekitar Matu dan Igan, hari ini.
Juanda menyaksikan penyerahan projek RTP DUN Jemoreng di sekitar Matu dan Igan, hari ini.

Projek lain melibatkan kerja naik taraf jalan di Kampung Sharif Sekerang, Igan dan naik taraf parit di Kampung Sekerang, Igan.

Juanda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng turut menyerahkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM10,000 kepada JKKK Telok Deloh dan Matu Hock Cheok Temple.

Beliau berharap kemudahan dan bantuan yang disalurkan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta memberi manfaat kepada penduduk setempat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU