ARTIKEL

PELE PETER TINGGOM

Pele Peter Tinggom Seru Pengundi Krian, Kalaka, Kabong Sokong Calon GPS


Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Ahli Dewan Negara, Senator Pele Peter Tinggom menyeru pengundi di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Saratok supaya memberikan sokongan padu kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dipilih pucuk pimpinan parti demi memastikan kesinambungan pembangunan, kestabilan politik dan kemakmuran rakyat.

Menurutnya, ketiga-tiga kawasan DUN dalam Parlimen Saratok, iaitu Krian, Kalaka dan Kabong, menunjukkan kemajuan ketara menerusi pelbagai projek pembangunan yang sudah dilaksanakan, sedang dilaksanakan serta dirancang untuk masa depan.

Katanya, kemajuan itu hasil kepercayaan dan sokongan berterusan rakyat dengan kerajaan GPS, selain komitmen wakil rakyat GPS yang diberi mandat untuk berkhidmat kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

“Sehubungan itu, saya dengan penuh rendah hati menyeru dan merayu kepada semua pengundi di Krian, Kalaka dan Kabong kelak agar memberikan mandat serta sokongan padu kepada calon-calon GPS yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk mewakili kawasan masing-masing,” katanya, hari ini.

Hari ini, Premier yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Mohamad Duri dan Datuk Friday Belik kekal sebagai calon GPS bagi kerusi DUN Kalaka dan Krian, manakala DUN Kabong bakal menampilkan muka baharu, Nor-E-Fadzwie Salleh.

Tegasnya, sokongan dan kemenangan calon GPS penting demi memastikan kesinambungan pembangunan, kestabilan politik dan kemakmuran Sarawak, khususnya di kawasan Krian, Kalaka dan Kabong.

Dalam pada itu, beliau berharap segala urusan ketiga-tiga calon GPS dipermudahkan pada Hari Penamaan Calon yang dijadual berlangsung Sabtu ini.

BERITA LAIN

Warisan Melayu Sarawak Perlu Diperkasa

KUCHING: Warisan Melayu Sarawak berusia 150 tahun bukan sekadar bukti kehebatan pemikiran generasi terdahulu, tetapi amanah untuk membina masa depan berteraskan ilmu, kepimpinan dan kemajuan.

BERITA TERBARU

Warisan Melayu Sarawak Perlu Diperkasa

KUCHING: Warisan Melayu Sarawak berusia 150 tahun bukan sekadar bukti kehebatan pemikiran generasi terdahulu, tetapi amanah untuk membina masa depan berteraskan ilmu, kepimpinan dan kemajuan.