ARTIKEL

Kredit: Bernama

Peletakan jawatan Ismail Lasim: Beberapa lokasi jadi tumpuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Beberapa lokasi termasuk pejabat Menteri Besar di sini menjadi tumpuan pihak media yang menanti perkembangan berhubung kemelut politik Negeri Sembilan.

Ia susulan surat peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan semalam.

Ismail bagaimanapun menerusi mesej ringkas memaklumkan beliau tidak dapat bertemu pihak media buat masa ini.

“Maaf, saya tak dapat berjumpa pemberita buat masa ini, tiada sidang media atau kenyataan media daripada saya, terima kasih,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau turut memohon supaya semua pihak memberikannya ruang dan masa susulan isu peletakan jawatan berkenaan.

Semalam, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima satu salinan surat peletakan jawatan tersebut, yang telah diutuskan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Ismail, 67, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan pada 2 Ogos lepas.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, BN memenangi 18 kerusi DUN, manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tujuh kerusi, sekali gus membolehkan dua gabungan itu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

AirBorneo: Kuching-Jakarta kini lebih dekat

KUCHING: Dengan tempoh penerbangan hanya kira-kira satu jam 30 minit dari Kuching, Jakarta kini lebih mudah dikunjungi rakyat Sarawak, sekali gus membuka peluang untuk mereka

Projek kuarters RTM Sibu dijangka siap September 2027

SIBU: Kementerian Komunikasi tidak akan berkompromi terhadap kontraktor yang gagal mematuhi jadual pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur penyiaran di Sarawak, termasuk pembinaan kuarters kakitangan Radio Televisyen