ARTIKEL

Kredit: Magnific

Tiga pusat media, 156 nadi di Sarawak dibuka untuk liputan PRU Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Tiga pusat media akan dibuka masing-masing satu di Kuching, Sibu dan Miri bagi memudahkan petugas media membuat liputan Pilihan Raya Umum (PRN) Sarawak ke-13, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata pusat media yang disediakan oleh Jabatan Penerangan (JAPEN) itu akan dilengkapi Internet berkelajuan tinggi, mesin pencetak dan makanan kepada petugas media.

Selain itu, beliau berkata kesemua 156 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Sarawak, termasuk enam di Sibu turut dibuka kepada petugas media dengan kemudahan Internet berkelajuan tinggi sekurang-kurangnya 100 megabit sesaat (Mbps).

Teo berkata kemudahan NADI di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu boleh dijadikan ruang kerja oleh petugas media yang membuat liputan di kawasan pedalaman.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Penyiaran Kawasan Sibu (RTM Sibu) di sini, semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Sarawak ke-13 pada 12 Dis manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 28 Nov dan pengundian awal pada 8 Dis. — Bernama

BERITA LAIN

SKS Samarahan dan Kuching sasar 100,000 pengunjung

KOTA SAMARAHAN: Program Sarawakku Sayang (SKS) yang akan berlangsung di Bahagian Samarahan dan Kuching minggu hadapan menyasarkan kehadiran kira-kira 100,000 pengunjung sepanjang penganjuran selama dua

SK Ng Wak dipilih Sekolah Angkat MADANI

JULAU: Pemilihan Sekolah Kebangsaan (SK) Ng Wak sebagai Sekolah Angkat MADANI merupakan komitmen Kerajaan Pusat untuk membantu sekolah di kawasan pendalaman. Ahli Parlimen Julau, Datuk

BERITA TERBARU

AZIZ HARUN teruja sambutan peminat

Persembahan di pentas terbuka Tebingan Kuching menjadi antara pengalaman paling bermakna buat penyanyi kelahiran Brunei Darussalam, Aziz Harun, apabila berpeluang beraksi di hadapan ribuan peminat

Daripada latihan kepada pembinaan kompetensi

Apabila pengurus lepas tangan Satu lagi kelemahan kebanyakan organisasi ialah kecenderungan mereka menganggap bahawa keperluan latihan merupakan tanggungjawab HR semata-mata. Sebenarnya, tanggungjawab itu bukan terletak