ARTIKEL

SKS Samarahan dan Kuching sasar 100,000 pengunjung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Program Sarawakku Sayang (SKS) yang akan berlangsung di Bahagian Samarahan dan Kuching minggu hadapan menyasarkan kehadiran kira-kira 100,000 pengunjung sepanjang penganjuran selama dua hari di setiap lokasi.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Felicia Tan Ya Hua, berkata SKS Bahagian Samarahan akan berlangsung pada 22 hingga 23 November ini, iaitu Ahad dan Isnin, di Halaman Samarahan.

Felicia ketika bercakap pada sidang media.

Manakala, SKS Bahagian Kuching pula akan diadakan pada 24 hingga 25 November (Selasa dan Rabu) bertempat di Metro City Matang, Kuching.

Jelasnya, sasaran itu berdasarkan keyakinan residen kedua-dua bahagian yang masing-masing menjangkakan kehadiran 50,000 pengunjung.

“Selepas berbincang dengan residen Samarahan dan Kuching, mereka yakin kedua-dua bahagian ini dapat mencapai masing-masing 50,000 pengunjung.

“Bagaimanapun, penganjuran SKS kali ini diadakan pada hari bekerja dan hanya berlangsung selama dua hari, berbanding program di bahagian lain sebelum ini yang diadakan selama tiga hari pada hujung minggu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena penganjuran SKS Bahagian Samarahan dan Kuching di Bilik Mesyuarat Pejabat RISDA Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Tambahnya, majlis perasmian SKS bagi kedua-dua bahagian akan diadakan pada jam 3 petang, masing-masing pada 23 November di Samarahan dan 25 November di Kuching, sekali gus disempurnakan oleh Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, menerusi program berkenaan juga, orang ramai berpeluang bertemu pemimpin termasuk Abang Johari yang dijangka menyampaikan ucaptama mengenai hala tuju serta agenda pembangunan negeri.

“Kita berharap rakyat di sekitar kedua-dua bahagian tidak melepaskan peluang untuk hadir beramai-ramai dan mendengar sendiri ucaptama daripada pemimpin nombor satu negeri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Felicia memaklumkan persiapan bagi penganjuran SKS di kedua-dua bahagian telah diatur dengan teliti, dengan program itu menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan rakan strategik di satu lokasi.

Beliau memberitahu, inisiatif itu bertujuan memudahkan orang ramai mendapatkan khidmat nasihat, perkhidmatan, maklumat serta bantuan yang disediakan kerajaan negeri.

“Ini membuktikan kesungguhan Kerajaan Sarawak untuk memastikan hasil pembangunan dapat dinikmati secara inklusif oleh semua lapisan masyarakat, termasuk penduduk di luar bandar.

“Di Samarahan, sebanyak 52 agensi akan menawarkan 172 perkhidmatan serta dua perkhidmatan bergerak, manakala di Kuching pula sebanyak 58 agensi menyediakan 199 perkhidmatan dan enam perkhidmatan bergerak,” jelasnya.

Selain perkhidmatan kerajaan, beliau menyatakan SKS turut menampilkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, sukan rakyat, e-peraduan dengan hadiah menarik termasuk kereta, motosikal dan barangan elektronik serta konsert rakyat.

“Pengisian utama SKS di kedua-dua bahagian adalah hampir sama, namun aktiviti sampingan disesuaikan mengikut keunikan dan identiti masyarakat setempat,” katanya lagi.

BERITA LAIN

GPS terbukti mampu jaga hak dan masa depan Sarawak

TEBEDU: Rakyat Sarawak perlu menilai rekod pencapaian dan keupayaan mentadbir, bukannya terpengaruh dengan janji manis parti pembangkang yang hanya muncul menjelang pilihan raya. Timbalan Premier

BERITA TERBARU

SK Ng Wak dipilih Sekolah Angkat MADANI

JULAU: Pemilihan Sekolah Kebangsaan (SK) Ng Wak sebagai Sekolah Angkat MADANI merupakan komitmen Kerajaan Pusat untuk membantu sekolah di kawasan pendalaman. Ahli Parlimen Julau, Datuk

KEKASA anjur program sehari tingkat kompetensi anggota

KUCHING: Kesatuan Kakitangan Sokongan Jabatan Pelajaran Sarawak (KEKASA) terus memperkukuh organisasi serta meningkatkan kompetensi anggota menerusi penganjuran program sehari yang merangkumi ceramah, perkongsian ilmu dan