ARTIKEL

SK Ng Wak dipilih Sekolah Angkat MADANI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Pemilihan Sekolah Kebangsaan (SK) Ng Wak sebagai Sekolah Angkat MADANI merupakan komitmen Kerajaan Pusat untuk membantu sekolah di kawasan pendalaman.

Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien, berkata masih terdapat beberapa sekolah di kawasan itu yang memerlukan perhatian, terutamanya sekolah usang dan sekolah yang tidak mempunyai kemudahan rangkaian komunikasi seperti Wi-Fi.

Menurutnya, isu bekalan elektrik yang tidak stabil di beberapa kawasan juga memerlukan perhatian dan pengaturan yang sewajarnya daripada pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan kemudahan pendidikan asas dapat dirasai sepanjang masa.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Sekolah Angkat MADANI di Dewan Terbuka SK Ng Wak, Sabtu lalu.

Larry, yang juga Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), berkata pemilihan SK Ng Wak sebagai salah satu daripada 11 sekolah yang dipilih di Sarawak daripada 1,266 sekolah di negeri ini merupakan peluang untuk menambah baik kemudahan dan infrastruktur pendidikan luar bandar.

Di bawah program ini, kerajaan memperuntukkan RM100,000 kepada setiap sekolah yang dipilih untuk menjalankan penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur.

Beliau berkata peruntukan yang diterima oleh SK Ng Wak telah digunakan untuk membaiki bilik darjah, menggantikan peralatan yang rosak dan membeli televisyen pintar bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.

Beliau turut menekankan kepentingan agensi dan pihak berkuasa kerajaan turun ke akar umbi untuk melihat sendiri keperluan dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

Menurutnya, perhatian terhadap pembangunan pendidikan di kawasan Julau memerlukan kerjasama semua pihak bagi memastikan setiap keperluan dikenal pasti dan kerja yang sewajarnya dijalankan.

Beliau berharap penaiktarafan SK Ng Wak tidak akan terhenti setakat penambahbaikan sekolah, tetapi akan menjadi titik komitmen bagi Kerajaan Persekutuan untuk terus memberi perhatian kepada sekolah-sekolah lain yang masih memerlukan kemudahan dan infrastruktur yang lebih baik di kawasan Julau.

BERITA LAIN

GPS terbukti mampu jaga hak dan masa depan Sarawak

TEBEDU: Rakyat Sarawak perlu menilai rekod pencapaian dan keupayaan mentadbir, bukannya terpengaruh dengan janji manis parti pembangkang yang hanya muncul menjelang pilihan raya. Timbalan Premier

BERITA TERBARU

KEKASA anjur program sehari tingkat kompetensi anggota

KUCHING: Kesatuan Kakitangan Sokongan Jabatan Pelajaran Sarawak (KEKASA) terus memperkukuh organisasi serta meningkatkan kompetensi anggota menerusi penganjuran program sehari yang merangkumi ceramah, perkongsian ilmu dan