ARTIKEL

BERSEDIA... Pasukan Al Falah FC.

Peluang Al Falah, BanQku seimbang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua pasukan, Al Falah FC dan BanQku FC akan turun membuat perhitungan bagi penentuan tempat ketiga dan keempat Liga Setia Raja MuFA 2024 (LSRM 2024) di Padang Mesra MDDM petang esok (Khamis).

SEDIA GEMPUR… Barisan pemain BanQku FC.

Sukar untuk meramal pasukan yang berpeluang cerah memenangi perlawanan penentu kelompok tiga terbaik itu.

Masing-masing mempunyai kelebihan, sama ada di pihak Al Falah FC mahupun BanQku FC.

Yang pasti, pertembungan kedua-dua pasukan terbabit dijangka menarik kerana turun dengan misi memburu kemenangan.

Presiden MuFA, Khairul Anuar Adeni percaya satu perlawanan menarik bakal dipersembahkan dari kedua-dua pasukan petang esok.

Tegas Khairul, mengambil kira prestasi dipamer pemain kedua-dua pasukan diperingkat separuh akhir hujung minggu lalu, jelas memperlihatkan peluang untuk meraih kemenangan adalah seimbang.

Bagaimanapun menurut Khairul, segalanya terpulang kepada pemain untuk menterjemah strategi yang diguna pakai ketua jurulatih masing-masing.

“Kita percaya ketua jurulatih kedua-dua pasukan sudah merangka strategi terbaik untuk pemain mereka,” jelas Khairul.

BERITA LAIN

GP Malaysia 2026: Hakim Danish Raih Petak Ketiga

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk memburu podium Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 selepas meraih petak

BERITA TERBARU