KUCHING: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam Facebook hari ini mengiklankan jawatan kosong sebagai Jurufoto/ Juruvideo (MySTEP) B29 di Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Dalam Negeri.
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan tersebut dengan tawaran gaji bermula dengan RM1,900.00
Permohonan boleh dibuat dengan menghantar resume beserta portfolio pada emel kdnukom@gmail.com.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Februari 2024 (Rabu)
Hanya calon yang berjaya akan dipanggil ke sesi temuduga.



