ARTIKEL

Pelumba muda Sarawak curi tumpuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Aksi hebat dipamer dua pelumba muda pasukan BMX Pembangunan Sarawak, Muhammad Luthfil Hasief Freddie dan Haziq Fathuddin Bashir pada Perlumbaan Basikal BMX Kebangsaan 2023 yang berlangsung di Arena BMX Kebangsaan Nilai, Negeri Sembilan berjaya mencuri tumpuan.

Perlumbaan yang bermula hujung minggu lalu itu menyaksikan mereka berjaya meraih tempat kedua dalam kategori masing-masing (Lelaki 13 Tahun/ Lelaki 15 Tahun).

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan nyata gembira atas pencapaian hebat kedua-dua pelumba muda berkenaan.

“Syabas dan tahniah kepada mereka kerana berjaya meraih tempat kedua dalam kategori masing-masing.

“Ia permulaan baik bagi mereka malah secara tidak langsung boleh dijadikan pentas awal menimba pengalaman,” ujar Awang Putrayusrie kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau percaya para pelumba telah memberikan persembahan terbaik sepanjang saingan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU