ARTIKEL

Pemain badminton seluruh Sarawak bakal berentap di Kota Samarahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Pertandingan Badminton Piala YB Datuk Idris Buang bakal berlangsung pada 22 hingga 23 Ogos ini di Dewan IADA Samarahan, menghimpunkan pemain badminton dari Samarahan dan seluruh Sarawak dalam pelbagai kategori.

Kejohanan yang dianjurkan dengan kerjasama Kelab Badminton SANCHEZ itu mempertandingkan kategori Veteran, Novis dan Beregu Wanita bagi peserta dari Samarahan, selain kategori umur terbuka seluruh Sarawak membabitkan bawah 10 (B-10), bawah 12 (B-12), bawah 14 (B-14) dan bawah 16 (B-16).

Jurucakap penganjur berkata, penyertaan dihadkan kepada 16 peserta atau pasukan bagi setiap kategori mengikut konsep siapa cepat dia dapat, manakala tarikh tutup penyertaan ditetapkan pada 17 Ogos 2026.

“Setiap peserta dikenakan yuran penyertaan RM40 bagi acara perseorangan dan RM80 bagi acara beregu, selain menerima kemeja-T percuma serta makanan ringan sepanjang kejohanan.

“Pemenang bakal membawa pulang hadiah wang tunai, piala, pingat dan sijil bagi kategori juara, naib juara serta tempat ketiga bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain pertandingan badminton, jelasnya, pelbagai hadiah menarik turut menanti peserta menerusi cabutan bertuah yang disediakan sepanjang kejohanan.

Justeru, orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran melalui Google Form sebelum tarikh tutup penyertaan, manakala maklumat lanjut boleh diperoleh daripada urus setia kejohanan.

“Justeru, kita berharap kejohanan itu menjadi platform mencungkil bakat baharu, menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti badminton di Samarahan dan seluruh Sarawak,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU