Pemain industri keusahawanan dan pelancongan mampu bantu S’wak

KUCHING: Program berbentuk acara terutama berkaitan keusahawanan dan perniagaan turut menyumbang kepada peratusan keseluruhan ekonomi negeri ini, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, program tersebut mungkin menjadi masalah kecil bagi kebanyakan individu, tetapi sebenarnya ia merupakan penyumbang besar kepada sosioekonomi negeri.

“Program sedemikian dapat membantu industri pelancongan, dengan Sarawak me nyasarkan 5 juta pelancong, termasuk perwakilan dari luar negara yang datang ke Sarawak pada tahun ini,” katanya dalam sidang media Ten Outstanding Young Malaysian (TOYM) 2019 di sini semalam.

Anugerah TOYM dianjurkan oleh Junior Chamber International Malaysia (JCIM) Cawangan Kuching dan dijangka diadakan pada 14 September tahun ini.

Abdul Karim percaya bahawa rakyat di Sarawak berpotensi menjadi salah seorang yang boleh dicalonkan dalam anugerah berprestij tersebut.

“Untuk menjadi seseorang yang berjaya, kemahiran dan penglibatan dalam komuniti dan masyarakat sangat penting. “Memiliki rangkaian yang baik dengan pelbagai latar belakang individu memainkan peranan yang besar dan penting jika anda mahu berjaya.

“Kelayakan yang lebih tinggi tidak bermakna anda salah seorang yang berjaya, tetapi ia lebih bergantung kepada pencapaian dan sumbangan yang telah anda lakukan kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Abdul Karim menambah, dalam mencapai matlamat sasaran jumlah pelancong pada tahun ini, kementeriannya memerlukan bantuan lebih ramai pemain industri dari ke dua-dua program keusahawanan dan pelancongan.

“Kementerian bersama agensi-agensi pelancongan lain turut berusaha meningkatkan hubu ngan udara dan memperluas produk dan perkhidmatan pelancongan yang sedia ditawarkan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi JCI Kuching, Thomas Teo berkata, pihaknya kini sedang mencari belia tempatan yang boleh menyumbang dan membantu masyarakat serta komuniti menerusi anugerah tersebut bagi mewakili Malaysia untuk bersaing dalam TOYP peringkat dunia semasa Kongres Dunia JCI yang akan diadakan di Estonia.

“Penerima anugerah itu pasti akan menjadi pemimpin inspirasi kepada generasi akan da tang, dan dengan itu kita mahu mereka terus maju dan mencapai kejayaan yang lebih besar dalam meneruskan kerja-kerja murni mereka,” katanya.

Anugerah yang julung kali diadakan di Kuching ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur antara 18 dan 40 tahun.

Terdapat 10 kategori bakal dianugerahkan kepada penerima iaitu kategori Keusahawanan, Ekonomi dan Pencapaian Keusahawanan; Politik, Perundangan dan Urusan Kerajaan; Sumbangan kepada Kanak-kanak, Keamanan Dunia atau Hak Manusia; Kesukarelaan, Kepimpinan Moral atau Alam Sekitar; Inovasi Perubatan; Perkembangan Saintifik atau Teknologi; Kepimpinan Akademik dan Pencapaian; Penambahbaikan Peribadi dan akhir sekali, Pencapaian Kebudayaan.

Tarikh tutup penamaan calon bagi setiap anugerah adalah pada 31 Mei 2019 dan anugerah itu bakal diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 14 September akan datang.Turut hadir pada sidang media tersebut ialah bekas pe nerima Anugerah TOYM dalam Pencapaian Kebudayaan, Datuk Wee Hong Seng.

Suara Sarawak