ARTIKEL

Gambar hiasan

Pemandu e-hailing dipenjara dua tahun cabul penumpang remaja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pemandu e-hailing dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana mencabul kehormatan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun.

Kien, 35, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul mangsa.

Dia melakukan perbuatan itu dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang diletakkan di belakang sebuah hostel kolej swasta di Jalan Batu Kawa sekitar jam 6.40 petang pada 23 Oktober lepas.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian pengadu bertemu tertuduh, iaitu kenalan e-hailingnya.

Semasa berada dalam kereta, tertuduh melakukan perkara tidak senonoh terhadap pengadu.

Pengadu melarang beberapa kali, namun tidak diendahkan sehingga berjaya melepaskan diri sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.

Tertuduh ditangkap pada 24 Oktober lalu di sebuah rumah di Taman Desa Wira.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fauzulutfi Suriani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU