ARTIKEL

PDRM Sarawak mohon bantuan 889 anggota bagi PRU ke-13

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak menghantar surat rasmi kepada Bukit Aman bagi memohon bantuan 889 pegawai dan anggota daripada kontinjen negeri lain.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak Deputi Komisioner Polis (DCP) Saifullizan Ishak berkata, permohonan itu bertujuan menampung kekurangan anggota bagi penugasan Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak ke-13.

“Permohonan ini diperlukan bagi menyusun atur sumber manusia untuk ditugaskan pada musim pilihan raya akan datang.

“Kita telah mengemukakan secara rasmi kepada Bukit Aman dan mereka akan menyusun tenaga yang diperlukan, yang kini dalam proses penyelarasan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai kes mendatangkan kecederaan dan membawa senjata melibatkan pelajar di sebuah sekolah swasta serta tangkapan sindiket pecah kubur di Miri di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, hari ini.

Tambahnya, besar kemungkinan Sarawak mendapat bantuan daripada Kontinjen Sabah berdasarkan pengalaman pilihan raya sebelum ini.

“Besar harapan agar mereka sedia memberi bantuan sumber manusia kepada Sarawak,” ringkasnya.

Dalam pada itu, PDRM Sarawak mempunyai kekuatan keseluruhan 9,979 pegawai dan anggota, dengan 7,469 orang (75 peratus) diperuntukkan khusus untuk penugasan PRU, manakala 2,510 orang (25 peratus) lagi akan meneruskan tugas harian seperti biasa.

“Kita juga bersiap sedia dari segi logistik dan perkara berkaitan bagi menghadapi PRU Sarawak ke-13, yang saya percaya telah diteliti oleh pihak kepimpinan politik dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan pembubaran DUN pada 26 Oktober 2026 (Isnin), seterusnya membuka laluan kepada pelaksanaan PRU Sarawak ke-13.

Pertandingan melibatkan 82 kawasan pilihan raya sedia ada kerana 17 kerusi tambahan yang diluluskan oleh DUN pada 7 Julai 2025 belum dapat digunakan.

BERITA LAIN

Borneo kaya sumber alam, perlu dibangun bersama

KUCHING: Sarawak menyarankan negara dan wilayah di Kepulauan Borneo berganding tenaga dalam memanfaatkan kekayaan biodiversiti dan sumber tenaga yang dimiliki sebagai pemacu pembangunan serantau, sekali

BERITA TERBARU

Petinju BAD borong enam emas, dua perak di Sibu

MIRI: Petinju daripada Pembangunan Atlet Tinju Miri (BAD) mempamerkan reputasi hebat pada Kejohanan Tinju Siri 101 JAB Amatur 2026 yang berlangsung di Dewan Kelab Melayu