MIRI: Petinju daripada Pembangunan Atlet Tinju Miri (BAD) mempamerkan reputasi hebat pada Kejohanan Tinju Siri 101 JAB Amatur 2026 yang berlangsung di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC), Sibu baru-baru ini.
Kem yang dikendalikan empat jurulatih berpengalaman, Melvin Wee Shui Leong (Ketua Jurulatih), Claryst Kuon Yiu Hui, Ng Meng Kong dan Hamilton itu berjaya meraih lapan pingat keseluruhan, iaitu enam emas dan dua perak.
Sekali gus, pencapaian terbaik yang dicipta jagoan terbilang dari utara itu meletakkan mereka di kelas tersendiri ketika ini.
Enam pingat emas itu disumbang oleh Mavin Damien Lawrence Anak Larry Gerinang (kategori Bawah 12 Tahun, 30kg), Alexsaenlam Anak Juti (kategori Bawah 17 Tahun, 50kg), Morses Damu Anak Jalong (kategori Bawah 17 Tahun, 63kg), Fedric Lawai Anak Jayan (kategori Bawah 17 Tahun, 50kg), Randy Ngumbang Anak Fraklin (kategori Bawah 17 Tahun, 44kg) dan Alexzander Madang Anak Juti (kategori Bawah 19 Tahun, 54kg).
Sementara itu, dua pingat perak disumbang oleh Alexzander Anji Anak Kennedy (kategori Bawah 17 Tahun, 44kg) dan Nilison Abel Anak Lee (kategori Bawah 17 Tahun, 66kg).
“Pencapaian yang amat membanggakan diperoleh petinju terbabit.
“Ini berkat kerja keras mereka sepanjang mengabadikan diri ketika latihan,” ujar Melvin kepada Arena Suara Sarawak.
Katanya, kejayaan ini secara tidak langsung meningkatkan semangat petinju untuk terus fokus pada perjuangan selepas ini.
Beliau percaya pencapaian hasil pembabitan mereka dalam kejohanan itu dapat meningkatkan prestasi diri masing-masing.
“Saya berharap mereka dapat mengekalkan momentum tersebut pada kejohanan lain selepas ini,” tambah Melvin.



