ARTIKEL

Gambar hiasan

Pemandu lori didenda RM900, cederakan majikan dengan penumbuk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pemandu lori didenda RM900 atau penjara satu bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan sakit terhadap majikannya dengan menumbuk muka mangsa.

Nabil haziq, 30, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di Taman Perindustrian Sejingkat, Jalan Bako, kira-kira jam 10.30 pagi, 19 Oktober lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, tertuduh tengah bekerja berlaku pertengkaran mulut antara dia dan majikannya kerana dia tidak mengikut arahan berhubung susunan barang dalam lori.

Berang dengan sikap majikannya dan gagal mengawal emosi, dia turun dari lori lalu terus menumbuk mangsa.

Selepas kejadian, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada hari yang sama.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU