KUCHING: IPD Kuching berjaya menahan pemandu lori yang melanggar kabel elektrik sehingga menyebabkan bekalan elektrik terputus di kawasan Kampung Santubong di sini.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, pihaknya menerima aduan berhubung insiden berkenan pada jam 11.30 pagi semalam.
“Hasil tindakan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuching mendapati syarikat tersebut telah beroperasi selama enam bulan dan membawa tanah ke kawasan pembinaan di sekitar kawasan kampung,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu kata Ahsmon, polis telah mengeluarkan sebanyak tujuh keping saman kepada pemandu berkenaan atas pelbagai kesalahan yang dilakukan.
Lori tersebut juga telah disita di bawah Seksyen 60 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APK) 1987 untuk tindakan lanjut, ujarnya.




