ARTIKEL

Lee memasang tali pinggang keledar kepada salah seorang penumpang bas.

Pemandu, penumpang bas ekspres dan bas persiaran wajib pakai tali pinggang bermula 1 Julai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bermula 1 Julai ini, semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran di Sarawak diwajibkan memakai tali pinggang keledar sebagai langkah meningkatkan keselamatan pengangkutan awam.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, penguatkuasaan ini terpakai kepada bas ekspres dan persiaran yang dibina selepas Januari 2020, selari dengan aspirasi kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk mengurangkan risiko kecederaan dan kematian akibat kemalangan jalan raya melibatkan pengangkutan awam sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2030.

“Terdapat sebanyak 264 buah bas ekspres dikendalikan oleh 19 syarikat serta 165 buah bas persiaran di bawah 31 syarikat di Sarawak dan JPJ Sarawak telah mengadakan taklimat kepada semua pengusaha dan operator bas bagi memastikan pematuhan terhadap penguatkuasaan baharu ini.

Lee (kiri) memasang tali pinggang keledar kepada salah seorang penumpang bas sambil disaksikan oleh Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili (kiri kedua).

“Setakat ini, sebanyak 40 buah bas ekspres telah dipasang dengan tali pinggang keledar, manakala baki 224 buah lagi merupakan unit yang diperoleh sebelum peraturan ini dikuatkuasakan,” katanya pada sidang media berhubung penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar terhadap bas ekspres dan persiaran, di Terminal Bas Kuching Sentral, hari ini.

Bas yang dikeluarkan selepas Januari 2020 telah dilengkapi dengan tali pinggang keledar, manakala kebanyakan bas yang dibina sebelum tarikh itu masih belum mempunyai kemudahan tersebut.

“JPJ Sarawak akan memberi tempoh masa yang munasabah untuk pengusaha memasang tali pinggang keledar pada bas masing-masing namun, mereka perlu menunjukkan bukti tempahan,” jelasnya.

Tegasnya, JPJ Sarawak tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pesalah jalan raya yang mengabaikan keselamatan diri dan pengguna lain sekiranya didapati tidak memakai tali pinggang keledar dan akan dikenakan kompaun sebanyak RM300.

Lee (duduk kiri ketiga) menyampaikan kenyataan pada sidang media yang turut disaksikan oleh Norizan (kanan kedua) bersama tetamu kehormat lain.

“Kita juga ingin mengingatkan pemandu bas dan pengguna jalan raya lain, khususnya di laluan Lebuh Raya Pan Borneo, agar sentiasa mematuhi had laju dan saya turut mencadangkan agar pelekat yang memaparkan mesej pemakaian tali pinggang keledar dalam pelbagai bahasa diletakkan di belakang tempat duduk penumpang sebagai peringatan.

“Mesej tersebut juga boleh ditayangkan melalui televisyen atau diumumkan oleh pemandu bas atau pemandu pelancong menggunakan sistem pembesar suara sebelum bas mula begerak,” jelasnya.

Kewajipan memasang tali pinggang keledar belum dikenakan ke atas bas berhenti-henti atau bas bandar memandangkan perjalanan yang pendek dan kelajuan rendah tidak meletakkan penumpang pada risiko keselamatan yang tinggi.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU