ARTIKEL

BERUCAP... Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Pemasangan semula lampu di Jalan FAC menghala ke Esplanad Telaga Air akan dilaksanakan dalam masa terdekat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemasangan semula lampu di sepanjang jalan Lebuhraya Pehin Sri Haji Adenan bin Haji Satem (Jalan FAC) menghala ke Esplanad Telaga Air akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, pemasangan tersebut melibatkan jalan sepanjang 7.2 kilometer.

“Tiga minggu lalu, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada saya bahawa peruntukan diluluskan oleh kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.

“Mereka (JKR) memberi jaminan akan berusaha untuk memasang lampu di sepanjang jalan dalan masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Telaga Air MPP 2024 di Pentas Utama Kampung Telaga Air di sini, hari ini.

Adun Pantai Damai itu menambah bahawa pemasangan lampu jalan itu sangat diperlukan kerana jalan berkenaan menjadi laluan utama penduduk yang berulang-alik dari Telaga Air ke Kuching.

BERITA LAIN

Ibu bapa perlu pantau anak, elak budaya buli

SARIKEI: Ibu bapa perlu meningkatkan pengawasan terhadap pergaulan dan tingkah laku anak-anak, termasuk penggunaan media sosial, bagi membentuk generasi berakhlak mulia serta menghindari gejala buli

BERITA TERBARU

PRN Melaka: 79 calon bertanding

Seramai 79 calon daripada pelbagai parti, gabungan politik dan Bebas disahkan layak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang berlangsung pada 14 Nov.

Ibu bapa perlu pantau anak, elak budaya buli

SARIKEI: Ibu bapa perlu meningkatkan pengawasan terhadap pergaulan dan tingkah laku anak-anak, termasuk penggunaan media sosial, bagi membentuk generasi berakhlak mulia serta menghindari gejala buli