ARTIKEL

Dr Rundi (kiri) melihat udang yang dituai dari kolam Rambungan Aqua Life Sdn Bhd di Loba Stoh Rambungan, Lundu.

Pematuhan kepada amalan ESG dalam penternakan udang beri kelebihan dari segi eksport

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Pematuhan kepada amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam penternakan udang akan memberi kelebihan kepada Sarawak dalam aktiviti eksport.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Stephen Rundi Utom, berkata amalan sedemikian penting bagi memastikan pengurusan sisa bertanggungjawab dijalankan sejajar dengan model ekonomi kitaran atau sirkular.

Mengambil contoh Rambungan Aqua Life Sdn Bhd di Lundu, katanya, syarikat tersebut menjalankan penternakan udang pintar sekali gus mematuhi amalan ESG.

“Justeru, perkara tersebut akan menjadi kelebihan kepada syarikat ini dalam aktiviti mengeksport udang berbanding pihak yang tidak mematuhi ESG.

“Sudah pasti, Kerajaan Sarawak juga akan memberikan sokongan penuh terhadap usaha ini kerana ia membolehkan kita mendapat pasaran khusus dalam eksport udang pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Penuaian Udang Rambungan Aqua Life Sdn Bhd di Loba Stoh Rambungan di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, Dr Rundi memaklumkan bahawa masih terdapat penternak udang yang menggunakan kaedah tradisional dan tidak mematuhi ESG, tetapi harga jualan mereka tidak jauh beza di pasaran tempatan.

“Bagaimanapun, dari segi kelebihan, penternak yang mematuhi ESG berpeluang meneroka pasaran global, dan saya berpendapat tiada had bagi apa sahaja usaha yang mereka jalankan.

“Oleh itu, saya mahu syarikat ini terus menambah baik usaha untuk mengembangkan industri penternakan udang yang mematuhi amalan ESG.

“Ini penting untuk mencipta cara baharu yang serupa dalam penternakan udang di kawasan lain supaya Sarawak dapat mengeksport udang dalam jumlah yang besar,” ujarnya.

Dalam hal berkaitan, Dr Rundi memaklumkan bahawa beliau telah diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rambungan Aqua Life, Sim Ing Jye, yang turut memaklumkan usaha ini sudah dijalankan selama bertahun-tahun bersama Sea Horse Corporation Sdn Bhd.

“Saya pasti mereka telah belajar melalui percubaan dan kesilapan, dan saya menasihatkan mereka untuk melihat kepada negara maju bagi mendapatkan kepakaran untuk mengelak sebarang kerugian, kerana bahagian awal plot seluas 12 hektar itu hanyalah percubaan,” jelasnya.

Menjelas lanjut, Dr Rundi memberitahu bahawa Rambungan Aqua Life kini dibenarkan menggunakan kawasan seluas 297 hektar yang boleh menghasilkan kira-kira 50 kolam.

“Kolam ini juga diuruskan dengan baik, dan saya berharap usaha sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang,” tegasnya.

Rambungan Aqua Life Sdn Bhd merupakan usaha sama antara Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dengan Sea Horse Corporation Sdn Bhd.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

BEFR terima Anugerah Platinum MyTQA

BORNEO Empurau Farm & Resort (BEFR), destinasi pertanian dan ekopelancongan bersepadu seluas 69 ekar yang terle-tak di Tarat, Serian, berjaya memperoleh pengiktirafan berprestij pada peringkat