ARTIKEL

Abang Johari (tiga kanan) dan Awang Tengah (dua kanan) ketika mengadakan lawatan kerja ke Leeds dan London, England. - Foto: UKAS

Pembangunan bakat dipertingkat menerusi kerjasama dengan pemain industri UK – Awang Tengah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Sarawak sedang mencari lebih banyak pembangunan bakat bagi mereka bentuk produk semikonduktor seperti silikon, geranium, dan arsenida galium dengan meningkatkan kerjasama dengan pemain industri di United Kingdom.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pembangunan bakat dalam pelbagai sektor buat rakyat Sarawak amat penting untuk memastikan kedudukan Sarawak berada pada platform global.

“Kita percaya pereka Sarawak boleh setanding dengan rakan mereka pada peringkat antarabangsa memandangkan kini terdapat syarikat asing yang sudah membeli produk semikonduktor di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengadakan lawatan kerja ke Leeds dan London, semalam. 

Awang Tengah, yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan, berkata Taman Teknologi Tinggi Samalaju merupakan lokasi yang baik bagi syarikat asing untuk datang dan menubuhkan syarikat mereka. 

Penubuhan ini, katanya, bakal memanfaatkan pekerja tempatan di mana pembangunan bakat boleh dibangunkan.

Mengulas mengenai teknologi biojisim, Awang Tengah berkata lawatan ke Loji Tenaga Drax di Leeds, London sangat penting kerana ia mendedahkan kepada delegasi cara pelet kayu digunakan untuk menghasilkan tenaga bersih di United Kingdom.

“Dalam perkara ini, sebuah syarikat tempatan seperti Samling telah mengeksport pelet kayu ke negara-negara luar bagi tujuan tersebut.

“Oleh itu, kita mempunyai potensi untuk membangunkan teknologi yang menggunakan pelet kayu bagi menghasilkan tenaga dalam masa yang terdekat,” jelasnya.

Awang Tengah adalah antara anggota delegasi yang diketuai Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam lawatan rasmi selama seminggu ke Leeds dan London di England serta Poland.

BERITA LAIN

15 penerima peruntukan khas Perdana Menteri di Mukah

MUKAH: Majlis Sambutan Warga Emas Mukah bukan sahaja menjadi wadah menghargai golongan berusia, malah turut menyaksikan penyerahan pelbagai peruntukan dan sumbangan bagi menyokong keperluan masyarakat

BERITA TERBARU

15 penerima peruntukan khas Perdana Menteri di Mukah

MUKAH: Majlis Sambutan Warga Emas Mukah bukan sahaja menjadi wadah menghargai golongan berusia, malah turut menyaksikan penyerahan pelbagai peruntukan dan sumbangan bagi menyokong keperluan masyarakat