ARTIKEL

RAKAM KENANGAN...Abang Johari merakam kenangan bersama-sama Liwan dan yang lain dalam kunjungan hormat, hari ini. (FOTO: UKAS)

Pembangunan Belaga dijangka lebih pantas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembangunan Belaga dijangka lebih pantas dengan komitmen penuh yang diberikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terutamanya dalam mempercepat pelaksanaan beberapa projek strategik.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Liwan Lagang berkata, ia melibatkan infrastruktur tenaga, perumahan serta kemudahan awam.

“Antara projek utama yang menerima ‘lampu hijau’ ialah penarikan grid elektrik dari Belaga ke Nanga Merit sepanjang 135 kilometer, dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk di kawasan pedalaman.

“Premier turut bersetuju bahawa projek perumahan Skim Perumahan Bantuan Kerajaan (SPBK) dilaksanakan di Belaga dan kami akan bekerjasama dengan Jabatan Tanah dan Survei untuk mendapatkan butiran lanjut.

“Kami menerima sokongan yang sangat positif daripada Premier,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Liwan memberitahu bahawa pihaknya turut memohon agar projek Dataran Belaga dengan peruntukan RM20 juta dipercepat.

Jelasnya, mereka turut menjemput Premier untuk merasmikan Dataran Belaga dan Masjid Daerah Belaga pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, Premier turut bersetuju menambah peruntukan sebanyak RM5 juta bagi pembinaan Stadium Belaga, sekali gus memperkukuh pembangunan sukan dan aktiviti belia di daerah tersebut.

Menyentuh mengenai kunjungan, ia turut disertai lebih 20 ketua kaum dan ketua masyarakat (KMKK) dari kawasan Belaga–Merit.

Tujuannya adalah untuk menyampaikan cadangan pembangunan serta keperluan rakyat di kawasan masing-masing.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU