ARTIKEL

DAYANG NOORAZAH bergambar kenangan seusai menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Sambutan Gawai Dayak Peringkat Daerah Lingga yang berlangsung di Dewan Nangkai, hari ini. Foto. UKAS

Pembangunan DUN Lingga Dilaksana Secara Berfasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LINGGA: Program pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga akan terus diberi perhatian mengikut keutamaan semasa, selaras dengan kemampuan peruntukan yang tersedia.

ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, keluasan kawasan Lingga menjadi antara faktor utama yang memerlukan perancangan pembangunan dilaksanakan secara berfasa dan tersusun.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan penduduk untuk mengemukakan cadangan atau permohonan projek pembangunan melalui pejabat daerah bagi membolehkan ia dipertimbangkan dan dilaksanakan secara berperingkat.

“Sebagai contoh, beberapa kawasan di Stumbin, khususnya Tanjung Bijat, memerlukan penambahbaikan yang akan dilaksanakan secara berfasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Gawai Dayak Peringkat Daerah Lingga yang berlangsung di Dewan Nangkai, hari ini.

Menurut Dayang Noorazah, sambutan yang diadakan dalam suasana meriah itu jelas mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di kawasan berkenaan.

“Penganjuran sambutan di Dewan Nangkai kali ini turut menampilkan pembaharuan menerusi penambahbaikan infrastruktur dewan, termasuk pemasangan sistem penyaman udara dan penggantian pintu dewan bagi keselesaan pengguna.

“Saya juga ingin mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi pelaksanaan projek pembinaan sebuah chapel pada tahun hadapan sebagai usaha menyokong keperluan komuniti setempat,” ujarnya.

Beliau berharap semangat Gawai Dayak akan terus menjadi pemangkin kepada keharmonian, perpaduan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum yang menjadi kekuatan utama kawasan tersebut.

Mengulas mengenai pembangunan di Sri Aman, Dayang Noorazah berkata pelbagai inisiatif kerajaan yang dilaksanakan terus menunjukkan hasil positif dan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU