ARTIKEL

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berucap pada Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia. Foto: Facebook Alexander Nanta Linggi.

Pembangunan infrastruktur permudah kehidupan rakyat dan peluang ekonomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menegaskan bahawa pembangunan infrastruktur bukan sekadar membina jalan raya, jambatan atau bangunan, sebaliknya bertujuan memudahkan kehidupan rakyat, membuka peluang ekonomi dan memperkasakan masa depan komuniti.

Beliau berkata, di sebalik setiap projek pembangunan, terdapat keperluan rakyat yang mahu dipermudahkan serta aspirasi untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyempurnakan perasmian Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia. Foto: Facebook Alexander Nanta Linggi.

“Semalam saya kembali ke Negeri di Bawah Bayu bagi meneruskan Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia yang menghimpunkan Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, JKR Sabah, JKR Sarawak dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

“Program ini menjadi platform yang membawa semangat kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, jabatan teknikal, industri dan semua rakan strategik ke arah matlamat yang sama,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, semalam.

Program yang berlangsung di Kota Kinabalu dari semalam hingga 21 Julai 2026 itu menghimpunkan pelbagai agensi serta pemain industri pembinaan bagi membincangkan hala tuju pembangunan infrastruktur negara.

Menurut Nanta, ukuran kejayaan sesebuah projek tidak seharusnya dinilai hanya berdasarkan jumlah kilometer jalan yang dibina atau bilangan projek yang disiapkan, sebaliknya sejauh mana projek tersebut memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Beliau berkata, dalam era transformasi digital, sektor pembinaan dan infrastruktur perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi melalui pendigitalan aset, penggunaan data serta inovasi dalam pelaksanaan projek.

Katanya, pelaksanaan inisiatif seperti Building Information Modelling (BIM), National Construction Information Platform (NCIP) dan aplikasi MYJalan merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan keputusan dibuat dengan lebih tepat dan berkesan, penyelenggaraan dilaksanakan secara lebih proaktif serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat terus dipertingkatkan.

“Marilah kita terus bekerja dengan lebih pantas, berfikir lebih jauh dan bertindak lebih berani demi membina infrastruktur yang bukan sahaja kukuh dan berkualiti, tetapi benar-benar membawa perubahan kepada kehidupan rakyat.

“Kerja raya bukan hanya tentang apa yang kita bina, tetapi tentang manfaat yang kita tinggalkan untuk generasi akan datang,” katanya.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan