ARTIKEL

TINJAU... Hanifah, Johnie dan Safiee meninjau kemudahan di Hospital Daro, hari ini.

Pembangunan Klinik Kesihatan Daro baharu jadi tumpuan kementerian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Lawatan kerja ke Hospital Daro menjadi platform penting bagi meneliti keperluan semasa serta merangka penambahbaikan perkhidmatan kesihatan untuk penduduk di kawasan ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, lawatan tersebut bertujuan mendapatkan maklum balas secara langsung berkaitan isu dan keperluan rakyat setempat.

“Fokus kita adalah untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan, khususnya menerusi pembangunan klinik kesihatan baharu yang kini dalam proses pelaksanaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan Jelajah Kesihatan Borneo Negeri Sarawak (Siri 2) di Hospital Daro, hari ini.

Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah memberitahu, antara perancangan utama adalah memastikan kemudahan klinik kesihatan baharu di Daro mampu menawarkan perkhidmatan rawatan lebih menyeluruh, sejajar dengan keperluan semasa penduduk.

Jelas beliau, sekiranya terdapat keperluan tambahan daripada aspek jenis rawatan dan perkhidmatan, perkara itu akan diteliti serta dipertimbangkan agar kemudahan yang disediakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bahawa isu bekalan air merupakan antara cabaran utama yang dihadapi di hospital berkenaan.

LAWAT TAPAK… Hanifah bersama-sama rombongan melawat tapak pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 4) Daro.

“Kawasan ini sering mengalami gangguan bekalan air bersih, sekali gus menjejaskan keperluan harian serta aspek kebersihan, termasuk dalam penyediaan rawatan kesihatan.

“Keutamaan kita adalah memastikan setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan benar-benar menepati keperluan rakyat serta mampu meningkatkan kualiti hidup mereka,” jelasnya lagi.

Usai lawatan tersebut, Hanifah bersama-sama rombongan meninjau tapak pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 4) Daro.

Dengan tempoh pelaksanaan selama 30 bulan, klinik tersebut dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2028.

Selain kemudahan klinik, projek berkenaan turut melibatkan pembinaan kuarters berkembar bagi kegunaan warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertugas di kawasan tersebut.

RAKAM KENANGAN… Hanifah merakamkan kenangan bersama-sama yang lain selepas berakhirnya lawatan tersebut.

BERITA LAIN

ICQS Biawak: Kajian siap hujung tahun ini

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak masih dalam penelitian menerusi kajian kemungkinan Pelan Induk Pembangunan Kawasan Sempadan Sarawak. Menteri

BERITA TERBARU

ICQS Biawak: Kajian siap hujung tahun ini

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak masih dalam penelitian menerusi kajian kemungkinan Pelan Induk Pembangunan Kawasan Sempadan Sarawak. Menteri