ARTIKEL

Pembantu jurujual rugi RM48,687 terjerat penipuan dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang pembantu jurujual di sini mengalami kerugian RM48,687 setelah terjerat dengan penipuan komisen kerja dalam talian.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima laporan dari mangsa yang merupakan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an pada 24 Jun (Sabtu) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

“Mangsa mendakwa terpedaya dengan tawaran komisen kerja dalam talian menerusi aplikasi Facebook pada 10 Jun 2023.

“Semasa itu, mangsa telah melayari laman Facebook dan melihat iklan kerja kosong yang diiklankan dalam Sibu Job Vacancy,” katanya.

Zulkipli memberitahu lanjut, berminat dengan tawaran tersebut, mangsa telah berurusan dengan suspek dan telah diberikan pautan untuk mendapatkan ‘ID’ bagi memulakan tugasan.

Mangsa kemudian diberikan 28 tugasan untuk dilaksanakan bagi menerima komisen.

“Pada 11 Jun 2023 mangsa telah membuat transaksi 12 kali ke dalam tujuh akaun bank tempatan yang berlainan dan dijanjikan akan menerima komisen bagi pembayaran yang dibuat.

“Namun sehingga laporan dibuat, mangsa tidak menerima komisen yang dijanjikan dan sedari telah tertipu,” ujar beliau.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi