Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Pembekal rangkaian Maxis mulakan pembinaan struktur telekomunikasi di Rantau Panjang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
PEMERIKSAAN di kawasan menara telekomunikasi baharu oleh pihak SMA, Majlis Perbandaran Padawan dan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak.

KUCHING: Pembekal rangkaian Maxis akan memulakan pembinaan struktur telekomunikasi di menara baharu, diikuti penyedia liputan lain dekat Rantau Panjang untuk mengatasi masalah liputan Internet lemah di kawasan itu.

Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) Ts Dr Zaidi Razak berkata, Rantau Panjang memerlukan perhatian segera untuk penambahbaikan liputan rangkaian.

Menurutnya dengan pemasangan menara telekomunikasi baharu yang siap minggu lalu akan memastikan pembangunan ekosistem bandar yang diterajui intel dapat dicapai untuk Bandar Pintar Kuching.

PEMERIKSAAN di kawasan menara telekomunikasi baharu oleh pihak SMA, Majlis Perbandaran Padawan dan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak.

“Pasukan SMA telah melakukan beberapa perbincangan dengan pembekal perkhidmatan rangkaian untuk menyelesaikan isu tersebut, dan Maxis akan mendahului.

“Mereka akan membina struktur telekomunikasi di Rantau Panjang dan kemudiannya memasang peralatan untuk menyediakan perkhidmatan di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, pembekal perkhidmatan rangkaian lain seperti Celcom-Digi dan Umobile akan mengikuti.

“Ini untuk memastikan semua orang dapat menikmati liputan yang lebih baik tanpa mengira penyedia perkhidmatan yang mereka gunakan.

“Ini bermakna, SMA telah menamatkan penantian lama penduduk Rantau Panjang untuk menikmati rangkaian yang lebih baik.

“Menara telekomunikasi telah dipasang minggu lepas dan sambungan mudah alih akan bersedia menghantar isyarat tidak lama lagi setelah peralatan ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan, selesai dipasang,” ujarnya.

Terdahulu, permintaan untuk menyelesaikan masalah liputan telekomunikasi lemah di kawasan Rantau Panjang diterima pada Jun lalu daripada Pejabat Pusat Khidmat Adun Batu Kawah.

Setiausaha Politik kepada Premier, Tan Kai, ketika mewakili Kui Hian menjelaskan, masyarakat Rantau Panjang telah lama menghadapi perkhidmatan mudah alih yang lemah.

Rantau Panjang mempunyai sekolah (rendah dan menengah) dalam kawasan bentuk linear yang memerlukan segera sambungan yang lebih baik untuk memastikan kelas dalam talian dan peralatan pengajaran multimedia boleh disambungkan ke Internet.

Selain itu, terdapat sebilangan besar kampung, rumah ladang, industri ringan, kebun buah-buahan dan sebagainya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru