ARTIKEL

Foto Bernama

Pemberian Baucar Buku RM100 Bagi Sekolah Menengah Dilaksana Dalam Masa Terdekat – KPM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan pemberian baucar buku bagi pelajar sekolah menengah di bawahnya dalam masa terdekat.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, KPM memaklumkan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sedang diperincikan dan dijangka memberi manfaat kepada lebih dua juta pelajar. 

“Inisiatif ini juga bertepatan dengan usaha KPM untuk menjadikan amalan membaca sebagai keutamaan dalam kalangan pelajar yang dapat meningkatkan penguasaan bahasa dan ilmu pengetahuan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan pemberian baucar buku RM100 bagi pelajar sekolah menengah di bawah KPM dan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) semasa merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.

Beliau berkata inisiatif itu diteruskan bagi tahun ini dan boleh digunakan di PBAKL 2026 yang berlangsung selama 10 hari bermula hari ini hingga 7 Jun di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perintah Sarawak melanja sekula anak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg datai bejadi Pengawa Nyua Pemer i Perintah Sarawak ngagai waris staf Servis L utur

XPDC Bario 375km meri pengelantang

KUCHING: Pengeransing Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ngabas jalai menua ulu nengah XPDC 1.0 Bario ba taun 2025 dipuji komuniti Kenyah enggau