ARTIKEL

Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien

Pembinaan Klinik Kesihatan Julau dalam fasa pelaksanaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang menaik taraf kemudahan kesihatan di Klinik Kesihatan Julau selaras dengan keperluan perkhidmatan dan cadangan pelan induk kemudahan kesihatan.

Menteri Kesihatan Malaysia berkata, projek membina Klinik Kesihatan Julau (Jenis 4) mengikut pelan standard yang komprehensif dan dilengkapi peralatan perubatan moden.

Ini termasuk kuarters dan Pejabat Kesihatan Sarikei yang telah diluluskan di bawah Rolling Plan One (RP1) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk 2021.

Menteri Kesihatan berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien pada Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Malaysia Kelima Belas, Tahun 2025.

Larry dalam soalannya meminta kementerian menyatakan bilakah Klinik Kesihatan Julau akan dinaik taraf kepada kemudahan yang dilengkapi perkhidmatan pakar asas dan peralatan perubatan yang lebih moden bagi memenuhi keperluan penduduk.

“Klinik Kesihatan Julau kini terletak di bawah pentadbiran Pejabat Kesihatan Daerah Julau di Sarikei.

“Kemudahan itu adalah klinik kesihatan Jenis 5 dengan purata aliran masuk harian sebanyak 124 pesakit sehari menjelang 2024.

“Projek itu kini dalam pembinaan. Laporan Penilaian Tender juga telah diserahkan kepada Majlis Pembelian dan surat kelulusan dijangka dikeluarkan pada 16 Ogos 2025,” kata menteri tersebut.

Beliau juga berkata tarikh pemilihan tapak projek dijangka pada 13 September 2025.

Menteri menjelaskan bahawa Klinik Kesihatan Julau kini merupakan satu-satunya klinik kesihatan yang mempunyai perkhidmatan Pakar Perubatan Keluarga.

“Jumlah keseluruhan jawatan Pakar Perubatan Keluarga di Sarikei ialah lima (5), dan empat (4) jawatan diisi iaitu satu (1) jawatan di KK Julau (diisi), satu (1) jawatan di KK Bintangor (diisi) dan tiga (3) jawatan di KK Sarikei,” katanya.

Tambah menteri, peralatan perubatan sedia ada di fasiliti kesihatan primer di daerah Julau telah dibekalkan dan diselenggara di bawah Perjanjian Konsesi Projek Pertambahan Tempoh Peralatan Perubatan (MEET).

Kini, Klinik Kesihatan Julau mempunyai 46 kategori peralatan perubatan berjumlah 126 unit yang telah dibekalkan dan diselenggara di bawah projek MEET.

“Pada tahun 2025, Kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan peruntukan sebanyak RM62,000.00 untuk membeli dua (2) unit peralatan perubatan iaitu mesin autoklaf dan vascular doppler bagi menggantikan peralatan perubatan yang rosak dan lapuk di Klinik Kesihatan Julau.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk