ARTIKEL

JAWAB SOALAN… Wee menjawab soalan daripada pemberita ketika ditemui selepas sidang media tayangan percuma filem animasi pendek ‘Michiru’ sini, hari ini.

Pembuangan Sampah Haram, MBKS Sedia Ambil Tindakan Mahkamah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Belum sempat sehari selepas beberapa kawasan di sekitar selatan bandar raya Kuching dibersihkan, timbunan sampah kembali memenuhi lokasi berkenaan dipercayai akibat perbuatan individu tidak bertanggungjawab menjadikannya sebagai lokasi pembuangan sampah haram.

Lebih mengecewakan, perbuatan itu berlaku walaupun pelbagai peringatan diberikan menyebabkan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) kini bersedia membawa pelaku terbabit ke mahkamah.

Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng berkata, pihaknya menerima gambar dan rakaman video daripada orang awam berkaitan kegiatan pembuangan sampah di kawasan terbabit.

Menurutnya, bukti berkenaan penting bagi membantu MBKS mengambil tindakan terhadap individu yang masih berdegil melakukan pembuangan sampah secara haram.

“Kami mempunyai nombor unit terbabit dan akan membawa mereka ke mahkamah,” katanya selepas sidang media tayangan percuma filem animasi pendek “Michiru” sini, hari ini.

Wee berkata, masyarakat tidak seharusnya hanya menyalahkan MBKS apabila kawasan awam dipenuhi sampah kerana tanggungjawab menjaga kebersihan bandar perlu dipikul bersama.

Katanya, orang awam yang menyaksikan kegiatan pembuangan sampah haram digalakkan mengambil gambar atau video sebelum menyalurkannya kepada MBKS untuk tindakan lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU