ARTIKEL

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin (empat kiri) merakam gambar selepas sidang media sempena acara Zumba 1,000 Peserta dan Pembukaan KCEC 1. Foto: TVS

Pembukaan KCEC 1 bakal memperkukuh kedudukan Miri sebagai hab MICE serantau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Pembukaan Pusat Konvensyen dan Pameran Kenyalang 1 (KCEC 1) dijangka menjadi pemangkin baharu dalam memperkukuh kedudukan bandar raya ini sebagai destinasi utama bagi sektor mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) di rantau ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, pembangunan berkenaan mencerminkan keyakinan pelabur swasta terhadap potensi masa depan bandar raya ini, selain menyokong aspirasi bandar pintar menerusi Pelan Pembangunan Greater Miri.

Menurutnya, KCEC 1 yang akan mula beroperasi pada 19 Julai ini merupakan sebahagian daripada pembangunan Bandar Pintar Kenyalang. Ia bukan sahaja berperanan sebagai pusat konvensyen bertaraf antarabangsa, malah menjadi hab komuniti untuk pelbagai aktiviti.

“Setiap acara yang dianjurkan di sini akan menyumbang kepada ekonomi tempatan termasuk sektor perhotelan, restoran, pengangkutan dan perniagaan kecil.

“Ia juga akan mengukuhkan reputasi Miri sebagai pusat serantau yang dinamik untuk aktiviti perniagaan dan pelancongan,” katanya pada sidang media sempena acara Zumba 1,000 Peserta dan Pembukaan KCEC 1 di sini, hari ini.

Beliau berkata, kewujudan KCEC 1 dijangka menarik lebih banyak penganjuran acara bertaraf nasional dan antarabangsa ke bandar raya ini, sekali gus membuka peluang pekerjaan serta merangsang pertumbuhan ekonomi setempat.

Selain menjadi pusat acara, pembangunan berkenaan turut menjadi sebahagian daripada perancangan jangka panjang yang merangkumi cadangan pembinaan kampus universiti perubatan, hospital universiti dan institut penyelidikan.

“Inisiatif ini berpotensi menjadikan Miri sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang kesihatan dan pendidikan perubatan di Sarawak,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU