ARTIKEL

Pemilih keluar mengundi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA: Pusat-pusat pengundian di seluruh Singapura dibuka pada jam 8.00 pagi Sabtu bagi membolehkan lebih 2.75 juta pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam Pilihan Raya Umum 2025 (PRU 2025) negara itu.

Sebanyak 1,240 pusat mengundi beroperasi di seluruh negara dan akan ditutup pada jam 8.00 malam. Mengundi adalah satu kewajipan di Singapura.

Jabatan Pilihan Raya (ELD) sebelum ini menggalakkan pengundi supaya keluar mengundi pada waktu tengah hari bagi mengelakkan kesesakan pada waktu pagi.

Selain pengundian dalam negara, 10 pusat pengundian luar negara turut beroperasi dari 8 pagi hingga 8.00 malam waktu tempatan di bandar masingmasing, namun tidak boleh melebihi waktu penutupan rasmi di Singapura.

Pusat-pusat pengundian ini terletak di Dubai, London, Washington D.C., New York, San Francisco, Canberra, Tokyo, Beijing, Hong Kong dan Shanghai.

Seramai 18,389 rakyat Singapura telah mendaftar sebagai pengundi luar negara dengan sejumlah 8,630 daripadanya akan mengundi secara fizikal di pusat luar negara, manakala 9,759 akan mengundi melalui pos.

Pengundi akan memilih daripada 11 parti politik dan dua calon bebas yang bertanding bagi merebut baki 92 kerusi Parlimen di 32 kawasan pilihan raya, selepas Parti Tindakan Rakyat (PAP) memenangi lima kerusi tanpa bertanding pada hari penamaan calon.

PAP bertanding di semua kawasan pilihan raya, manakala Parti Pekerja (WP) mempunyai jumlah calon pembangkang paling ramai iaitu seramai 26 orang. Lima kawasan menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru, dengan Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Tampines menjadi medan paling sengit, melibatkan pertarungan empat penjuru antara PAP, WP, Parti Kuasa Rakyat (PPP) dan Parti Perpaduan Nasional (NSP).- Bernama 

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan