ARTIKEL

Tangkap Layar Perodua Bezza yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Oya, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Elizabeth, di sini, 6 Ogos lalu.

Pemilik Bezza tampil bantu siasatan kes kemalangan pejalan kaki di Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Pemilik Perodua Bezza yang terbabit dalam kemalangan dengan seorang pejalan kaki tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu bagi membantu siasatan selepas video kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, video kemalangan itu dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Sibu.

Menurutnya, kejadian berlaku di Jalan Oya, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Elizabeth, di sini, pada 6 Ogos lalu.

“Polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira 4.28 petang pada hari sama.

“Siasatan awal mendapati seorang pejalan kaki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Bezza di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan dan mendapatkan rawatan susulan.

Katanya, hasil siasatan lanjut, polis berjaya mengesan pemilik kenderaan terbabit sebelum individu berkenaan tampil ke BSPT IPD Sibu bagi membantu siasatan.

“Pihak polis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat berkaitan kejadian sehingga membantu mengesan kenderaan terbabit.

“Kerjasama dan keprihatinan masyarakat amat penting bagi membantu melancarkan proses siasatan serta penguatkuasaan undang-undang,” katanya.

Abang Zainal Abidin berkata, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU