ARTIKEL

Gambar Hiasan

Pemilik Kebun Durian Maut Disyaki Tertembak Senjata Api Buatan Sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Seorang warga emas maut selepas dipercayai tertembak senjata api buatan sendiri di sebuah kebun durian di Kampung Bandar Tinggi, Kuala Klawang, Jelebu.

Ketua Polis Daerah Jelebu Supt Azizan Said berkata mayat lelaki berusia 67 itu ditemukan dalam keadaan terbaring dengan kesan darah di badannya sebelum laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa pada 10.45 malam tadi.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa telah pergi ke kebun durian miliknya yang berkeluasan 2.02 hektar seorang diri sejak pagi semalam dan tidak pulang ke rumah sehingga petang.

“Berdekatan lelaki itu ditemukan senjata api buatan sendiri dibuat daripada kayu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Azizan berkata mayat warga emas itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan lanjut pihak polis. – BERNAMA

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU