ARTIKEL

Bernama

Pemilik restoran mengaku bersalah pamer logo halal tanpa perakuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Seorang pemilik restoran mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mempamerkan logo halal tanpa perakuan atau kebenaran yang sah.


Lim Beng Kee, 48, selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa melakukan kesalahan itu pada 12.46 tengah hari 18 Nov 2024, di premis perniagaannya di Jalan Temenggong di sini.


Pada prosiding itu, Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Muhammad Iman Masjuri menawarkan jaminan RM10,000, namun OKS yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan kerana duitnya tidak mencukupi.


Hakim Zulkifli Abllah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Mei sebagai tarikh jatuh hukum. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU