ARTIKEL

RAKAM KENANGAN... Abang Johari merakam kenangan bersama yang lain dalam majlis tersebut. (FOTO: JAPEN)

Pemimpin berwibawa diperlukan untuk hadapi cabaran AI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemimpin berwibawa diperlukan untuk menangani cabaran kecerdasan buatan (AI) yang bakal menentukan masa depan dunia.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata teknologi AI bergantung kepada cara penggunaannya, yang boleh membawa kebaikan dan keburukan.

“Penggunaannya diibaratkan seperti sebilah pisau. Ia boleh digunakan untuk memotong daging, tetapi juga boleh membunuh manusia.

“Disebabkan itu, seorang pemimpin mestilah berintegriti, jujur, dan berpandangan jauh dalam menghadapi cabaran yang semakin meningkat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Bersempena dengan Atlantic Council Millenium Leadership Program Study Tour, di sini, malam tadi.

Abang Johari turut menyatakan bahawa dunia kini memasuki fasa ketidakpastian, di mana isu semasa menjadi tanda tanya kepada semua.

Ujarnya, dunia memerlukan pemimpin yang cekap untuk mengatasi masalah yang berlaku, tidak kira di negara-negara Eropah, Asia, atau Afrika.

Tambahnya, isu-isu ini tetap menjadi cabaran kerana kita tidak dapat meramal masa depan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Atlantic Council Millenium Leadership, Jonah Chaim Fisher, berkata delegasi yang terdiri daripada 25 pemimpin muda dari 15 negara berbeza itu hadir untuk memahami aspirasi Malaysia sebagai ahli dan pengerusi ASEAN tahun ini.

Beliau turut memuji komitmen kerajaan Sarawak dalam usaha memerangi perubahan iklim, terutamanya selepas lawatan mereka ke Sarawak Energy.

Katanya, lawatan ke Kuching dijangka membuka lebih banyak peluang kerjasama antarabangsa dan memperkenalkan Sarawak sebagai destinasi yang kaya dengan potensi dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam usaha kelestarian alam sekitar.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.