NEW DELHI: Polis India menahan pemimpin pembangkang Rahul Gandhi ketika beliau menyertai protes di luar kediaman Perdana Menteri Narendra Modi pada Selasa.
Rahul ditahan bersama adiknya yang juga Ahli Parlimen, Priyanka Gandhi, serta beberapa anggota Parti Kongres ketika mengadakan bantahan terhadap tindakan polis Delhi ke atas perhimpunan pelajar sehari sebelumnya.
Menurut Bernama, parti Kongres menyokong kempen yang berlangsung sejak beberapa minggu lalu bagi menuntut pembaharuan dalam sektor pendidikan serta peletakan jawatan menteri pendidikan susulan kebocoran kertas peperiksaan kemasukan peringkat kebangsaan.
Pada Isnin, polis berdepan ribuan penunjuk perasaan yang berarak menuju ke bangunan Parlimen.






