ARTIKEL

Pemprotes Jakarta masih mengganas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Puluhan ribu penunjuk perasaan masih meneruskan protes di seluruh Indonesia gara-gara tidak setuju dengan undang-undang pelaburan baharu yang penuh kontroversi, yang didakwa mengancam hak pekerja dan alam sekitar.

Dalam tunjuk perasaan yang bermula awal minggu ini, sebahagian besar premis di ibu negara dibakar oleh kumpulan yang tidak dikenali.

Menurut laporan media tempatan, dua tempat hentian bas Transjakarta di Jakarta Tengah iaitu di hentian Bundaran HI dan Tosari stops yang terletak tidak jauh dari Tugu Arjuna Wijaya tempat tunjuk perasaan diadakan turut rosak teruk akibat dibakar mereka yang tidak bertanggungjawab.

Manakala bangunan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli turut dijadikan sasaran dengan penunjuk perasaan melontar batu ke arah bangunan tersebut.

Sekurang-kurangnya dua balai polis bergerak juga dibakar.

Pada 7 malam Khamis, pihak polis terpaksa menyuraikan penunjuk perasaan yang berkumpul di Tugu berkenaan.

Dalam insiden itu, penunjuk perasaan bertindak menyerang pihak polis yang berkawal dengan melontar batu. Polis pula bertindak balas dengan menembak perusuh dengan peluru getah, gas pemedih mata dan air.

Ribuan pekerja dan pelajar universiti turut mengadakan tunjuk perasaan berhampiran Istana Negeri di Jakarta Tengah menuntut agar Presiden Joko Widodo atau Jokowi supaya membatalkan undang-undang kontroversi itu.

Polis sebelum ini mengharamkan tunjuk perasaan itu garagara bimbang dengan penyebaran Covid-19. Berdasarkan laporan polis, seramai 1,000 penunjuk perasaan yang ditahan sejak Isnin lalu didapati positif virus itu.

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan