ARTIKEL

Seorang pemuda didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penuntut kolej wanita, kira-kira dua minggu lepas. Muhammad Hazim Muhammad, 19, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pemuda didakwa di Mahkamah Majistret bunuh penuntut kolej wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Seorang pemuda didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penuntut kolej wanita, kira-kira dua minggu lepas.

Muhammad Hazim Muhammad, 19, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh Nurfisya Zulkifly, 19, di Jalan Pengkalan Piah, Ketereh di sini antara 11.40 malam, 30 April hingga 12.20 tengah malam, 1 Mei.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan Wan Azimah Yaacob bersama-sama Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Nadzir Abdullah dan Ahmad Naabil Mohamed Asri, manakala Muhammad Hazim diwakili peguam Mohd Alias Ibrahim.
Mahkamah menetapkan 2 Julai, untuk sebutan semula kes bagi pengurusan dokumen dan laporan forensik.

Pada 1 Mei, mayat penuntut kolej itu ditemukan di jalan berhampiran kawasan sawah Kampung Simah dan dipercayai dibunuh di lokasi lain, sebelum dibuang di kawasan berkenaan.

Susulan kejadian itu, polis menahan empat individu berusia antara 19 hingga 66 tahun bagi membantu siasatan, namun dua warga emas termasuk seorang wanita telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman tiga hari.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU