ARTIKEL

Royston (tiga kiri) menyampaikan bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaran di Kampung Sebuan Besar, Jepak.

Pemuda PBB hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Sebuan Besar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU : Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tampil menghulurkan bantuan kepada sembilan keluarga yang terjejas dalam kejadian kebakaran di Kampung Sebuan Besar, Jepak, Selasa lalu.

Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian merangkap Ketua Penerangan Pemuda PBB Royston Valentine, dalam satu majlis ringkas pada Jumaat.

Menurut Royston, bantuan berupa wang tunai itu merupakan hasil kutipan daripada ahli Jawatankuasa Pemuda PBB serta Ketua-Ketua Pemuda Cawangan dari seluruh Sarawak sebagai tanda solidariti dan keprihatinan terhadap mangsa bencana.

“Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga yang terlibat serta memberi semangat kepada mereka untuk bangkit semula,” katanya ketika ditemui media selepas majlis berkenaan.

Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Penolong Bendahari Pemuda PBB, Afiq Fikri Brahim, Ahli Jawatankuasa Pemuda PBB Sarawak, Lykarto Sikong serta Ketua Pemuda PBB Cawangan Jepak, Frankie Sibat.

Dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada Selasa lalu telah memusnahkan enam buah kediaman di Kampung Sebuan Besar, Jepak mengakibatkan seramai 26 penduduk kehilangan tempat tinggal.

BERITA LAIN

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi