ARTIKEL

Yiak Chiong Wei…Pemuda PDP komited bantu pertahankan lapan kerusi PDP pada PRN Sarawak akan datang.

Pemuda PDP Sedia Bantu Pertahan Lapan Kerusi Pada PRN Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP) bersedia menggerakkan jentera parti bagi membantu mempertahankan lapan kerusi yang disandang parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Ketua Pemuda PDP Nasional, Yiak Chiong Wei berkata komitmen itu selaras dengan pendirian Timbalan Presiden PDP, Datuk Henry Harry Jinep, berhubung usaha mempertahankan kerusi berkenaan.

Beliau berkata mandat yang diberikan pengundi kepada wakil rakyat PDP di kawasan masing-masing merupakan amanah yang perlu dihargai dan dipelihara menerusi khidmat berterusan serta komitmen dalam memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Menurutnya, Pemuda PDP akan memainkan peranan aktif dalam membantu parti mengekalkan kepercayaan pengundi, sekali gus memastikan wakil rakyat PDP dapat meneruskan tanggungjawab mereka di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Keputusan akhirnya tetap di tangan pengundi dan kami akan terus berusaha mendapatkan mandat mereka sekali lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata usaha mempertahankan kerusi berkenaan bukan sekadar berkaitan kemenangan pilihan raya, sebaliknya turut bergantung pada keupayaan wakil rakyat menunaikan tanggungjawab serta menjaga kepentingan rakyat.

Tambahnya lagi, komitmen itu mencerminkan kesediaan Pemuda PDP untuk bekerjasama dengan kepimpinan parti dalam menghadapi PRN akan datang, dengan kepercayaan pengundi dan khidmat kepada masyarakat terus menjadi keutamaan dalam usaha mempertahankan kerusi yang disandang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU