ARTIKEL

Gambar hiasan

Penagih miliki senjata tajam tanpa tujuan sah di sekolah rendah, dipenjara lima tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penagih dadah dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini, kerana memiliki senjata tajam berjadual iaitu sebilah pisau di sebuah sekolah rendah tanpa tujuan sah, November lalu.

Awang Zulkipli, 44, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memilik sebilah pisau tanpa alasan munasabah di tempat awam iaitu tempat letak kereta sebuah sekolah rendah di Serian, sekitar jam 2.00 petang, 25 November lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun dan sebatan.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, pengadu merupakan kakitangan sekolah tersebut dimaklumkan oleh seorang guru tentang keretanya diketuk oleh seorang lelaki menggunakan pisau.

Pengadu kemudian bertanya kepada pengawal keselamatan sekolah mengenai ideniti tertuduh, namun tidak mereka tidak mengenalinya.

Bimbang akan keselamatan murid dan guru sekolah, pengadu bertindak membuat laporan polis.

Tertuduh berjaya ditangkap oleh pihak polis pada 4 Disember lalu di sebuah rumah di Kampung Lintang, Serian.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah membawa sebilah pisau tanpa alasan munasabah di tempat awam iaitu dalam sebuah sekolah rendah.

Difahamkan tertuduh kini sedang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan